tadi aku check archive dekat fb aku. scroll punya scroll then terjumpa komen lama dengan kau dulu bat. ya Allah rindu nya. aku baca semula komen tu, aku tak tahu lah apa yg ada dalam hati kau pada waktu tu, kau ikhlas ke tidak aku tak tahu lah bat.
aku buka semula fb lama aku, then aku check mesej kita berdua dari tahun 2010. bat, aku rindu kau sangat bat. aku rindu, aku tahan air mata aku dari keluar, aku nak menangis tapi dalam masa yang sama aku tersenyum baca balik mesej kita.
juga sampai pada tahun 2012, tahun yang kita couple, sekejap je kita couple, ya mungkin silap aku sebab aku macam nak tak nak kau call aku, aku macam nak tak nak couple dengan kau. tapi kau tak faham bat kenapa, aku malu, aku masih baru lg dengan kau kenapa kau tak faham? ke kau memang saja nak main kan aku? ke kau memang saja nak buat aku macam tu bat? sampai hati kau bat.
aku baca separuh je bat mesej kita masa tu. aku tak sanggup nak baca yang sampai part aku merayu pada kau, aku takut. aku takut aku akn menangis tanpa henti.
hanya satu yang aku pinta, pulanglah semula ke pangkuan aku bat. aku nak cerita pasal aku mimpi tentang ibu kau. aku nak cerita dengan kau apa yg ibu kau cakap pada aku bat. aku nak cerita dekat kau, pulanglah pada aku semula bat.
aku tak pinta supaya kau putus dengan nana aiena, tapi aku cuma pinta jangan pernah kau lupakan aku bat. dan sekiranya lepas kau putus dengan nana aiena, kau nak cari aku, aku sedia ada disini bat. aku sedia disini menanti kau, menunggu kepulangan kau.
aku sayang kau bat. aku tahu aku banyak salah. tapi untuk yang terakhir kali, berikan aku peluang untuk aku berubah. memang kau kata, peluang hanya sekali. tapi kau belum rasai cinta dgn aku sepenuhnya, jd beri kan aku peluang yg terakhir, akan aku hargai peluang itu sepenuhnya bat.
dan untuk pengetahuan kau, aku masih pegang janji aku yg pernah aku kata pada kau dulu bat,
"aku akan suka dekat kau sampai bila bila dan tkkan suka orang lain" ya bat, biarlah aku tak kahwin sekali pun, aku nak rasa suka aku ni sentiasa ada untuk kau. dan hati aku sentiasa terbuka untuk kau. pulanglah sayang.