Jumaat, 7 Disember 2012

kegembiraan dalam hidup ni dah berakhir. kegembiraan yang selama ni aku update di blog ni dah lama berakhir. siapa sangka kegembiraan boleh pergi macam tu je? tuhan dah rancang semua ni untuk aku. pada mulanya, memang aku susah sangat nak terima. dalam 1 a week macam tu aku asyik nangis sebab fikirkan pasal bat. tapi sekarang, tak lagi. semuanya dah berakhir. maaf kerana tak update pada masa aku dah break dengan bat. for the truth, hubungan kami tak sampai sebulan cuma lagi beberapa hari nak dekat sebulan tu kitorang putus. 
bila fikirkan balik, aku tahu, tuhan ada yang lebih baik lagi untuk aku. aku pun dah penat nak nangis.
dulu, hati aku jiwa aku cinta aku sayang aku memang hanya untuk bat, tapi tidak lagi sekarang. tidak bermakna aku dah lupa janji aku. tidak, aku tak pernah lupa. jika aku tiada jodoh dengannya di dunia ni mungkin di syurga nanti aku boleh bersama dia. jika ada jodoh maka ke mana pun bat pergi, walau aku putus dengan bat pun akhirnya pasti aku bersama dengan bat lagi.
buat masa sekarang, aku malas nak fikirkan pasal bat lagi. dan mungkin, ini post yang terakhir aku kat sini. tunggu lain masa atau pada akhir tahun hadapan. kalau aku selalu bukak blog ni mungkin akan mengingatkan lagi aku pada bat. jadi, baiklah aku off untuk jangka masa yang lama. terlalu banyak sangat kenangan yang manis ketika aku bersama bat dalam ni. jadi, biarlah aku tenangkan diri aku dulu dari semua ni.
aku penat nak menangis lagi. aku janji bat lelaki terakhir yang aku akan nangis disebabkan cinta. mungkin cinta aku padanya terlalu kuat sehingga menyebabkan air mata aku jatuh.
biarlah aku capai cita cita aku untuk menjadi seorang artis kpop tercapai baru aku fikir soal cinta ini.
assalamualaikum yang terakhir dariku. selamat tinggal.