Assalamualaikum, harini ada masa free sikit. Sikit je tka banyak. so aku nak update. heee.
nak cerita apa. ya ceritanya begini. semalam aku tak study sebab apa? sebab buku aku pada cikgu nak study apa nya. tapi harini boleh study. hm, semalam sayang aku text aku.. dia minta maaf sebab malam ahad tu dia tak balas mesej aku sebab kredit habis. alah, tak apa aku tak kisah pun :)
dia pun text aku lagi, dia tanya aku study ke tak. then aku tipu sunat dekat dia. ahaks. aku cakap, dah tadi tapi kejap lagi pukul 11 baru saya sambung balik. lepastu dia balas, aik? yeke dia ni boleh caya ke, entah entah tido. g study la syg. omg, you know dia panggil aku sayang. haha k, takde terkejot mana pun, dah lama dia panggil aku sayang. aku suka sangat bila dia panggil aku sayang. terasa diri ini disayangi oleh dia. hehe.
harini dia tak text aku, ye aku tahu mesti dia tak mahu ganggu aku study. dia selalu suruh aku study. maybe dia nak aku berjaya. Alhamdulillah, dapat boyfriend macam dia. terima kasih Allah.
tak pun, dia tak text aku sebab dia busy training. yess i know my boy. hehe. k, takpa aku selalu doakan yg terbaik untuk dia. eh, aku sayang dia sangat. moga Allah kekalkan hubugnan aku dengan dia sampai jannah.
buat masa ni, tiada siapa lagi tahu relationship aku dengan dia except miera. yes, orang cakap tak perlu nak heboh kalau couple tak perlu nak bangga kau ada couple. nanti tuhan tarik balik. yes, aku tak nak heboh. nanti ada je perosak hubungan aku dengan dia. so biar senyap je. tunggu sampai masa nya insyaAllah, jika diizinkan oleh Allah aku akan bagitahu kawan aku yg lain. Maaflah kerana berahsia dengan korang sampai sekarang. actually dah 1 week 2 days kitorang couple. hehe.
aku rasa bahagia sangat bila dia ada disisi aku. aku tak tahu kenapa, aku lebih gembira bersama dia berbanding bf aku yg dulu yg pernah bersama aku. dia selalu nasihat kan aku. suruh aku study study. ya Allah, untung nya dapat bf macam dia. aku takkan curang langsung dengan dia. aku setia. aku janji aku akan setia. aku tak nak mainkan lelaki walaupun aku pernah dimainkan oleh lelaki, tapi tak apa aku redha... itu satu pengajaran bagi aku juga kan. aku harap bahagia aku dengan bat ni akan kekal sampai akhir nanti. amin ya robbal alamin. aku tak pernah putus bersyukur kepada Allah, sebab izinkan aku couple dengan bat. terima kasih ya Allah terima kasih sangat. aku tak pernah jangka akan dapat jadi gf dia. aku sangka semua tu dulu mimpi, tapi akhirnya mimpi aku menjadi kenyataan. terima kasih Allah, aku takkan sia sia kan rezeki yang kau bagi pada aku ni, walaupun tak sebesar mana tapi aku tetap menghargainya. terima kasih Allah terima kasih.
maaf, post aku sampai disini saja, lain masa aku akan update lagi insyaAllah. selamat malam. assalamualaikum.