Jumaat, 18 Mei 2012

Semalam.....aku rindu sangat dekat bat. Tetiba dia send IM chat dekat fb. Aku tak balas la, sebab aku off kejap. Bila aku on balik aku tengok ada chat dari dia, dalam masa yg sama jugak dia send message dekat aku. Aku rindu sangat kat dia semalam, so chat la. Tp entah kenapa aku macam balas sepatah dua cam tu je. Kata rindu hati ni memang rindu sangat...tapi tu lah. Lepas tu dia cakap pasal bila dia bolej call aku. Then, aku cakap la bile2 ikut b la. Then dia cakap..hmm yela.

Lepas tu dia cakap, k la xnak ganggu bye. Like srsly aku rasa nak nangis je tau. Asal dia tetiba macam tu. Apa aku buat dekat dia..? Then aku text dia. Lepas tu dia cakap
"xd papela, cume xnk msj dgn owg yg xnk msj je" k aku memang sentap gile la bila dia kata cam tu. Aku mana ada tak nak mesej dengan dia. Ya Allah, kenapa lah kan dia jadi cam tu. Sebab call tu ke dia jadi cam tu. Aku pelik sangat, lepas tu dia cakap dia takde mood lah ape lah. Ok fine, aku tanya kenapa dia tak nak jawab. Aku minta maaf jela dari awal sampai akhir. Aku tak nak dia marah. Aku memang nak nangis dah semalam, but aku tahan air mata aku dari jatuh. Hati aku nangis... Aku sabar, ye aku faham mungkin salah aku jugak.

Harini... Aku off je phone aku terus. Ah aku peduli apa, aku rasa bersalah sangat. Dia marah aku ke. kenapa sebab apa kalau dia marah pun, dan kenapa tak ada mood pun. Bagi tahu jelah. Sekarang, aku pulak yang tak ade mood. Aku tengok profile raja farah. Entah kenapa tah aku geram sangat tengok dia. Ya Allah, sabar jelah jealous pun sabar. Benda dah lepas pun... Tapi, hati aku rasa sakit sangat wei tengok profile dia. Dia pernah ambik bat dari aku. Memang lah sekarnag aku dah dapat bat. But, sebelum tu memang aku broken gila wei. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku macam orang tak ada life. Aku still ingat lagi masa piqah cakap dekat aku tu. Teros aku takde mood. Fit lalu sebelah pun aku buat bodoh, aku teros masuk kelas, then mek bagi aku keychain tu aku teros simpan tak cakap ape ape pon. Aku memang takde mood gila la. Aku rasa bengang, sakit hati sangat sangat la. Tuhan je yg tahu macam mana perasaan aku waktu tu. Aku tak tahu nak describe kan macam mana tapi yg penting aku memang sakit hati sangat sangat. Rasa macam aku ni orang tak berguna, orang bodoh je dekat dunia ni. Lepastu, aku teros delete number bat, semua message dari dia aku delete. Aku nangis je, aku tak tahu kenapa. Aku tak tahu apa jadi pada diri aku. Ya Allah, memang kecewa sangat.. Hati aku cakap, kenapa lah Allah uji aku macam ni sekali.. Aku tak tahan sangat, aku sakit hati tengok diorang.

Then, masa aku nak balik sekolah, bertembung dengan bat, raja farah dengan kawan dia baru balik dari Summer Land. Aku tak pandang langsung bat, aku memang sakit hati sangat. Aku sakit hati sampai aku cakap
"TAK ADA DARA!!!!!!!!!" miera cakap masa aku cakap tu raja farah pandang je. Aku buat apa, aku tak kisah langsung, aku bengang sangat dah time tu. Aku peduli apa.

Then, ada satu hari tu, aku nak pergi summer land. Memang aku tak jangka pun ada bat dalam tu tau. Tiba tiba sampai ada motor bat. Ya Allah, aku memang tak masuk pun dalam tu. Aku takut wei....Memang heartbroken gila. Last, aku masuk jugak dengan adah. Memang diorang tengah date. Aku tka pandang langsung, aku buat buat tengah call lah apa lah. Padahal ZERO. takde call sape sape pun. Gebang je lebih.
Memang aku sakittttttttttttttttttttttttt hati gila la time tu. Nak nangis wei, tapi aku cover sebab depan adik aku kan. Paling bengang pulak sebab lela tak ada. Memang aku lagi gabra la dalam tu. Aku senyap. Memang tak tahu nak cakap apa apa ah. Aku kaku wei, aku kaku. Dalam hati aku time tu memang aku rasa ya Allah, sakitnya hati ni.... Kenapa lah aku kenal dengan dia ya Allah. Aku rasa menyesal sampai rasa fed up dah malas nak ambil tahu pasal dia. After that.............aku biar je bat macam tu. Aku tka ambil tahu. Start, kitorg text balik bila tikah mintak number bat adik adi tu. Aku terus la text bat dekat FB dia balas. Then, semenjak tu la kitorg jadi rapat semula.

Now, dia pun dah jadi BF aku. Alhamdulillah..tapi aku rasa bersalah sangat sebab hal semalam tu. Kenapa lah aku cakap "bile2 je ikot b la" sepatutnya aku cakap "call sekarang pun tak apa,hehe" mesti tak gaduh cam tu. Tapi benda dah lepas, masa tak boleh diundur. Terima jela dengan redha. Aku harap hari ni, dia text aku la, aku rindu sangat. Aku nak mintak maaf dekat dia :'(