Ahad, 11 Mac 2012

kadang-kadang aku rasa hidup ni tak adil. kenapa orang lain cantik dan aku tak cantik? kenapa orang lain tak ada jerawat, aku ada? kenapa orang lain ada bf aku tak ada? kenapa? tapi tu lah yg dinamakan hidup.  setiap hari mesti ada orang yg tak puas hati dengan orang lain. macam aku jugak. aku tak puas hati dengan hanisah. sebab dia cantik, ramai suka dekat dia. dia tak ada jerawat macam aku. aku banyak jerawat. aku tak ramai peminat. aku takde ramai orang suka. aku je yg terhegeh-hegeh macam kerang wangi. kerang wangi sebab aku wangi, tiap tiap hari aku mandi. so, aku kerang wangi. bukan kerang busuk. kenapa aku cerita pasal ni harini?
sebabnya, tadi aku keluar dengan lela. lepak lepak. dah lama tak lepak. lepastu terbukak pula cerita pasal. kitorg ada peminat walaupun muka tak cantik macam hanisah.

aku terasa macam dunia di dah terbalik. orang yg cantik tak ada orang suka, minat. tapi orang yg tak cantik ni ramai org minat dan suka. contohnya macam aku. aku tak sangka faiz manap suka dekat aku, hafiz, fit. hanisah pulak, faiz manap mana suka dia? hafiz pun cakap dia gedik. bat pun cakap dia gedik. aku baru kali pertama dengar lelaki cakap dia tak suka dengan nisah. nak kata happy tu mestilah happy. sebab, sebelum ni semua orang cakap nisah tu cantik. semua mintak number dia. sakit hati ni tahu? Allah je yg tahu macam mana aku rasa. hm itu je nak cerita

eh kejap, hari khamis ni birthday akak aku. kak izzati:) aku nak beli hadiah untuk dia. sebab nanti 22hb dia datang sekolah ambil result spm. aku harap dia dapat kutip banyak A. hehehe, okay bye